Bismillahirrahmanirrahiim,
"(Wahai) keturunan orang yang Kami bawa bersama Nuh. Sesungguhnya dia (Nuh) adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur. Dan kami tetapkan terhadap bani Israil dalam Kitab itu, "Kamu pasti akan berbuat kerusakan di bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar." [17:3-4]
Kalau kita tengok dari ayat al-Qur'an ni kita nampaklah yang Allah bercakap dengan bani Israil dengan mengatasnamakan nenek moyang yang pernah suatu ketika dahulu Allah selamatkan mereka dengan menaiki bahtera yang Nabi Nuh a.s buat. Allah ingatkan balik bani israil dengan keturunan mereka yang mulia pada suatu ketika dahulu. Seorang nabi yang mulia dan penuh dengan kesyukuran agar bani Israil kembali seperti mana keturunan nasab mereka yang mulia.
Dalam kitab Taurat, Allah juga bagi tahu yang bani Israil akan dihancurkan akibat daripada perbuatan mereka yang sentiasa buat kerosakkan di bumi. Penghancuran mereka ni terjadi sebanyak dua kali disebabkan faktor-faktor yang sama, buat kerosakan di bumi.
Ayat ini bukan bermaksud bahawa Allah membuat ketetapan itu dengan paksaan, tetapi faham dan baca sebelum ni, maksud ketetapan dalam ayat ini bermakna pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan berlaku di masa akan datang. Sebab mustahil lah kalau Allah membuat ketentuan atas seseorang itu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. "Katakanlah, sesungguhnya Allah tidak menyuruh (kepada) perbuatan keji."
Dan dalam Kitab yang Allah turunkan pada Musa a.s ini juga lah Allah bagi tahu yang bani Israil akan menguasai bumi Palestin. Dengan kekuasaan yang mereka ada inilah mereka mula untuk buat kerusakan. Maka, Allah pun berikan kuasa pada sebahagian hamba-hambaNya untuk menghancurkan dan menghinakan mereka.
Dalam tafsir Fii Zilalil Qur'an Syed Qutb berkata: "Inilah kejahatan pertama mereka, Mereka berada di puncak kekuasaan dan mereka memiliki kekuatan dan kejayaan di tanah suci (Palestin), lalu mereka melakukan kerusakan di sana. Maka, Allah mendatangkan kepada mereka sebahagian dari hamba-hambaNya yang memiliki kekuatan dan kelengkapan senjata yang besar, yang memporak-porandakan perkampungan mereka. Tentera-tentera itu akan bermaharajalela di negeri mereka untuk menghinakan mereka, bergerak kesana kemari menginjak-injak apa dan siapa sahaja yang menghalangi mereka tanpa ada rasa takut sedikitpun."
"Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang perkasa, lalu mereka merajalela di kampung-kampung. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana." [17: 5]
"Kemudian Kami berikan giliran kepadamu untuk mengalahkan mereka, Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri. Apabila datang saat hukuman (kejahatan) yang kedua, (Kami bangkitkan musuhmu) untuk menyuramkan wajahmu, lalu mereka masuk kedalam masjid (Masjidil Aqsa), sebagaimana mereka memasukinya pertama kali dan mereka membinasakan apa sahaja yang mereka kuasai." [17:6-7]
Setelah berlakunya kekalahan ke atas bani Israil, mereka kembali kepada Tuhan dan memperbaiki kehidupan mereka. Mereka mengambil pengajaran daripada kekalahan yang menimpa. Dimasa yang sama bangsa pemenang terbuai dengan kekuatan mereka, mereka sombong dan membuat kerusakan di bumi. Maka Allah memberikan kuasa untuk bani Israil mengalahkan mereka. Ya, ini sunatullah, sesiapa yang membuat kejahatan dan kerosakan di atas muka bumi pasti Allah akan membinasakan mereka.
Setelah itu, berulanglah sejarah yang sama sehingga ke hari ini. Bani Israil membuat kerusakan di bumi, terutamanya di tanah suci (Palestin). Perampasan tanah secara paksa, pembunuhan beramai-ramai dan penindasan terhadap kaum muslimin di Palestin. Wahai saudaraku, tidakkah antum tercium bau-bau kebangkitan Islam yang semakin dekat si seluruh pelosok dunia??!! Janji Allah itu pasti, Sedarkah Antum?? InsyaAllah kitalah mereka-mereka yang Allah janjikan untuk memasuki Masjidil Aqsa. Kitalah generasi-generasi yang akan menghancurkan dan menyuramkan wajah-wajah mereka yang membuat kerosakkan di bumi. Kitalah yang akan menegakkah panji-panji Islam dan Kalimah La Ilaha Illallah di bumi. Menjadikkkan Islam 'Izzah. Takbir!!!!.
![]() |
| Global March to Jerussalem 2013 |
Tapi semua tu tak datang bergolek.
Ya, semuanya perlukan pengorbanan dari kita, perlukan kesungguhan dari kita. Menuntut segala-galanya dari kita. Siapkah antum?! Kita tidak mahu menjadi penonton di belakang yang hanya bising mengomen tanpa bergerak. Kita mahukan pemuda-pemuda yang menjadi pemain di padang dan sentiasa bergerak. Yang hidupnya tak lepas daripada memikirkan bagaimana mahu menaikkan Islam. Dalam mimpi, makan minum dan setiap gerakkannya adalah demi kearah membangkitkan kembali agama Islam. Menjadi pemuda yang di siang hari bagai singa, dan 'abid di malam hari.
![]() |
| ~tiada yang mustahil~ |
Sedarkah antum, bahawa dahulu satu persatu kemenangan Islam dimenangi oleh tentera yang hati-hati mereka terikat dengan Allah, kepercayaan seratus-peratus bahawa kemenangan itu atas pertolongan Allah.
Wahai saudaraku, tidakkah antum merasai ruh mereka, nafas mereka? begitu dekat dengan kita. Tidakkah antum, merasai getaran kuda-kuda yang berlari laju, dan titisan air mata yang mempertahankan keimanan mereka?! Tidakkah antum mendengar doa-doa mereka? laungan takbir mereka?!
Wahai Saudaraku, di atas kepala kita pernah langit itu menaungi para Anbya dan Mujahid, lantas apa lagi yang menghalang kita untuk mengambil semangat-semangat mereka??
![]() |
| -tentera Muhammad sudah datang- |
Ya, sangat dekat.....dekat...dan sungguh dekat bagi ana yang kini hidup di bumi Syam. -potong bawang-
*Mood GMJ masih membara walaupun tak dapat berkumpul bersama mereka di perbatasan. Semua ada hikmahnya. Walau apapun, GMJ itu adalah salah satu medium untuk kita bergerak menentang pemerintahan Israel di Palestin. Salah satunya mengimbas kembali sirah-sirah yang dirakamkan dalam Al-Quran. Ya, Al-Qur'an memang mukjizat yang terbesar, penuh dengan pengajaran dan penggunaan uslub2 yang sangat dahsyat.
" Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) al-Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang*,..."[39:23]
Apa-apapun teruslah bergerak. Jangan pernah biarkan walau sesaat dalam hidup antum tanpa mengingati Allah. :)
Fatima Al-Fihri,
Sweileh, Amman-Jordan.
08062013



Tiada ulasan:
Catat Ulasan